Sharif Hussein bin Ali Sang Habib Pemberontak Pemusnah Kerajaan Turki Uthmaniyyah di Hijaz

- 30 April 2024, 02:55 WIB
Sharif Hussein bin Ali Sang Habib Pemberontak Pemusnah Kerajaan Turki Uthmaniyyah di Hijaz
Sharif Hussein bin Ali Sang Habib Pemberontak Pemusnah Kerajaan Turki Uthmaniyyah di Hijaz /pexels/

HALOYOUTH - Kita biasa dengar gerakan Wahabi dianggap khawarij kerana berperang dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Bagaimana pula dengan pemberontakan Sharif Hussein bin Ali, keturunan baginda sallahu ‘alaihi wassalam yang berpakat dengan British menentang Daulah Turki Uthmaniyyah? Apakah mereka juga khawarij?

Artikel kali ini secara ringkas akan membincangkan tentang Sharif Husein dan pemberontakannya terhadap Daulah Turki Uthmaniyyah. Lebih parah, pemberontakan itu akhirnya membawa kepada kejatuhan Turki Uthmaniyyah selama-selamanya dari tanah Hijaz. 

1. Sharif Hussein bin Ali, penguasa Makkah pada 10 Juni 1916 melancarkan pemberontakan yang dinamakan sebagai ‘Great Arab Revolt’ ataupun “al-Thawrah al-Arabiyyah al-Kubra”. Pemberontakan ini bertujuan memerdekakan Hijaz dari cengkaman Turki Uthmaniyyah dan ingin mewujudkan kesatuan Arab.

Baca Juga: Belajar Akidah al-Wala' Wal Bara' Bersama Ulama Syafi‘iyyah

Perkara ini tidak pernah dinafikan dalam mana-mana sumber sejarah yang muktabar. Hatta Raja Abdullah dalam ucapannya bertarikh 25 Mei 2006 bersempena ulangtahun ke-60 kemerdekaan negara Jordan, memuji dan berbangga dengan gerakan yang dipimpin buyut beliau. Ucapan beliau termaksud dalam Ensiklopedia Sejarah Ketenteraan Jordan.

"Setiap daripada kita tahu dan berbangga dengan hakikat bahwa tanah air ini diasaskan atas prinsip yang termaktib pada "Great Arabiv Revolt", yang dipimpin oleh Sharif Al Hussein Bin Ali untuk memerdekakan dan menyatukan negara. (The Historical Encyclopedia of The Jordan Armed Force Arab Army History of Bravery and Sacrifice, 2021-Rujukan 1,1a).

2. Sharif Hussein diiktiraf sebagai pemerintah Mekah oleh Sultan Abdul Hamid II pada 1908. Pada 1913, 35 anggota “Ottoman Chamber of Deputies” (Meclis-i Mebusân) juga mengiktiraf beliau sebagai pemerintah Mekah. Namun selepas tercetusnya perang dunia pertama pada 1914, hubungan beliau dengan Turki Uthmaniyyah menjadi tegang. Susu yang diberi Turki, dibalas tuba oleh beliau. Sharif berpakat dengan British manakala Turki berpakat dengan Jerman bagi menghadapi ancaman Rusia. 

3. Keturunan beliau, Ghazi bin Muhammad bin Talal bin Abdullah bin al-Husein mengakui Sharif Hussein meminta bantuan British bagi membentuk kesatuan negara arab. Ini melalui surat menyurat antara Sharif Hussein dengan pesuruhjaya tinggi British di Mesir, Sir Henry Mcmahon. (The Papers of Al-Sharif Husein Bin Ali, Documents published together for the first time- Rujukan 2).

4. Dalam surat bertarikh 14 July 1915, Sharif Hussein meminta 5 perkara dari kerajaan British antaranya mengiktiraf kemerdekaan negara arab, kerjasama tentera melawan musuh dan bersikap neutral jika mana-mana pihak terlibat dengan konflik. Kerajaan British pula diberikan hak ekonomi (Correspondence between Sir Henry McMahon, G.C.M.G.,His Majesty's High Commissioner at Cairo and the Sherif Hussein of Mecca, July, 1915-March, 1916 (with map)-Rujukan 3,3a). 

Halaman:

Editor: Nurhendra Wibowo


Tags

Artikel Pilihan

Terkait

Terkini

Terpopuler

Kabar Daerah